top of page
Search

MEMBANTU PESAKIT DENGAN KEBERSIHAN DIRI - MANDI LAP ( SPONGGING )

PENGENALAN


Membantu pesakit menjaga kebersihan diri selalunya menjadi tanggungjawab kita semasa kita bekerja sebagai Jururawat yang diperakui ataupun caregiver termasuklah ahli keluarga. Mandi lap di katil ialah menolong pesakit mencuci kesuluruhan angota badan termasuk kebersihan angota badan pesakit termasuklah rambut, mulut dan bahagian kemaluan peasakit (perineum)

Tugas-tugas ini tidak rumit, tetapi sangat penting. Kebersihan diri yang baik dapat membantu pesakit dalam proces penyembuhan dan menjaga maruah diri dan keselasaan pesakit. Selain itu pesakit akan merasa lebih yakin dimana keperluan asasnya penuhi dan sedang difahami oleh orang2 yang merawatnya.


Kadang kala kita sebagai jururawat/ care giver atau pun keluarga menghadapi masaalah untuk melakukan prosedur ini kerana pesakit tidak memberi kerjasama. Ini adalah berkemungkinan pesakit ada masaalah lain contohnya sakit, malu, dan rasa dia menyusahkan. Perkara yang perlu kita lakukan adalah memberi penerangan jelas kepada pesakit tentang kebaikan kebersihan diri.Kita perlulah memberi peluang kepada pesakit untuk mereka menjelaskan masaalah mereka. Setelah dikenalpasti kita sebagai perawat membantu pesakit menyelesaikan masaalah mereka.

Sebelum kita melakukan procedur ini kita perlulah mengetahui serba sedikit tentang Anatomy and physiology tentang kulit.


Kulit anda adalah organ terbesar di badan anda, terdiri dari beberapa komponen yang berbeza, termasuk air, protein, lipid, dan pelbagai mineral dan bahan kimia. Sekiranya anda rata-rata, berat badan anda kira-kira enam paun. Tugasnya sangat penting: untuk melindungi anda dari jangkitan dan kuman. Sepanjang hidup kita, kulit kita akan sentiasa berubah, menjadi lebih baik atau lebih teruk. Sebenarnya, kulit anda akan tumbuh semula kira-kira setiap 27 hari. Penjagaan kulit yang betul sangat penting untuk menjaga kesihatan dan kecergasan organ pelindung ini.



Bolehkah Saya Menjaga Kesihatan Kulit?

Pembersihan menyeluruh. pesakit harus melakukan prosedur mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pada waktu pagi dan petang, pastikan kita memberi tumpuan dibahagian yang sensitif iait bahagian kemaluan (perineum), bahagian yang berlipat dan juga tapak kaki.Gunakan sabun lembut bersesuaian.Pelembap. Ini disyorkan walaupun bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Terdapat banyak pelembap di pasaran yang bebas minyak.

Pemakanan seimbang dan air yang cukup.

Sentiasa melakukan pemerhatian, jika kita melihat sebarang perubahan yang mungkin berlaku, seperti tanda-tanda kudis tekanan, ruam lampin, fungal infection ataupun sebarang kecederaan pada kulit

Stratum corneum: Lapisan Luar Kulit Mati. Di bagian kaki akan lebih cepat menebal.


Epidermis: Lapisan Kulit Luar

Epidermis adalah lapisan tertipis di kulit anda, tetapi ia bertanggungjawab melindungi anda dari persekitaran yang keras. Epidermis mempunyai empat lapisan tersendiri: stratum germinativum, stratum spinosum, stratum granulosum, dan stratum lucidum. Epidermis juga mempunyai pelbagai jenis sel: keratinosit, melanosit dan sel Langerhans. Keratinosit menghasilkan protein yang dikenali sebagai keratin, komponen utama epidermis. Melanosit menghasilkan pigmen kulit anda, yang dikenali sebagai melanin. Sel Langerhans menghalang bahan asing masuk ke kulit anda.

Dermis: Lapisan Kulit Tengah

Ini adalah lapisan yang bertanggungjawab untuk kedutan. Dermis adalah gabungan kompleks saluran darah, folikel rambut, dan kelenjar sebum (minyak). Di sini, anda akan menemui kolagen dan elastin, dua protein yang diperlukan untuk kesihatan kulit kerana ia menawarkan sokongan dan keanjalan. Fibroblas adalah sel yang anda dapati di lapisan ini, kerana mereka mensintesis kolagen dan elastin. Lapisan ini juga mengandungi saraf yang merasakan sakit, sentuhan, dan suhu.


Subcutis: Lapisan Lemak Kulit

Pengurangan tisu pada lapisan inilah yang menyebabkan kulit anda kendur dan juga berkedut. Lapisan ini menampung kelenjar peluh, dan tisu penghubung lemak dan longgar. Subkutis bertanggungjawab untuk menjaga panas badan anda dan melindungi organ dalaman anda yang penting.


Kolagen dan Kulit Anda

Kolagen terdapat di dalam dermis dan merupakan protein yang paling banyak terdapat pada kulit, membentuk 75% organ ini. Ini juga merupakan sumber pemuda anda. Ia bertanggungjawab untuk menghilangkan kedutan dan garis-garis halus. Lama kelamaan, faktor persekitaran dan penuaan mengurangkan keupayaan tubuh anda untuk menghasilkan kolagen dan juga dapat memecah kolagen yang ada.


Kulit dan Elastin anda

Apabila anda mendengar perkataan elastin, fikirkan elastik. Protein ini dijumpai dengan kolagen di dermis, dan bertanggungjawab untuk memberi struktur dan sokongan pada kulit dan organ anda. Seperti kolagen, elastin dipengaruhi oleh masa dan unsur-unsurnya. Tahap protein ini yang berkurang menyebabkan kulit anda berkerut dan kendur.


Keratin dan Kulit Anda

Keratin adalah protein terkuat di kulit anda. Ia juga dominan pada rambut dan kuku. Keratin inilah yang membentuk kekakuan kulit anda.



Masaalah kulit

1. Kekeringan berlebihan- Kulit boleh kelihatan bersisik dan kasar

Tindakan perawatan:-

i. Sekiranya kulit retak, sediakan losyen bebas alkohol untuk melembapkan kulit dan mencegah keretakan. Kerana ia terdedah kepada jangkitan.

ii. Mandi pesakit dengan lebih kerap, gunakan sabun yang bersesuaian untuk pesakit Bilas kulit dengan bersih kerana sabunjuga boleh mengeringkan kulit .

iii. Galakkan peningkatan pengambilan cecair jika kesihatan mengizinkan untuk mencegah dehidrasi.

iv. Lalukan penjaaan khas pada bahagian tapak kaki pesakit kerana bahagian ini selalunya akan kering dan menebal dengan cepat.

2. Erythema - Kemerahan yang berkaitan dengan pelbagai keadaan, seperti ruam, terdedah kepada cahaya matahari, suhu badan yang meningkat

i. Menjaga kebersihan kulit untuk mengelakkan jangkitan sekunder.

ii. Rawatan berbeza-beza mengikut punca . rujuk kepada Doctor untuk rawatan yang bersesuain


3. Ammonia Dermatitis (Ruam lampin) - Penyebab bakteria kulit bertindak balas dengan urea dalam air kencing. Kulit menjadi kemerahan dan sakit.

Tindakkan perawatan

i. Tukar dan periksa lampin pesakit dengan kerap terutama sekiranya pesakit mengalami cirit birit dan jangkitan air kencing.

ii. Pastikan kulit kering dan bersih dengan menggunakan pelindung kulit contoh sudocream.

iii. Sekiranya keaadaan menjadi teruk, rujuk kepada doctor.





Mandi di atas Katil ( Bed Bath )

Adalah mandi tempat tidur adalah mandian untuk pesakit yang mesti berada di tempat tidur.

Tujuan Mandi lap harian kepada pesakit

1. Membuang mikroorganisma, rembesan badan, perkumuhan dan juga sel kulit mati.

2. Mengalakkan pengaliran darah, dan menghilangkan bau badan.

3. Menguatkan otot2

4. Memperbaiki sytem saraf,

5. Menggerakkan sendi2 terutama bahagian tangan dan kaki

6. Memberi keyakinan jati diri segi emosi dan psikologi kepada pesakit itu sendiri.

7. Memberi peluang kepada caregiver atau jururawat untuk melakukan pemerhatian

(assessment ) kesihatan kepada pesasakit .

8. Proses membina hubungan mungkin bermula semasa mandi awal.


Jenis mandian katil

1 Mandi katil yang lengkap – jururawat/caregiver membersihkan seluruh badan pelanggan yang berada di atas katil

2 Mandi katil mandiri / Mandi katil separa - pesakit yang berada di tempat tidur dapat membersihkan diri sendiri dengan bantuan jururawat/caregiver yang akan menolong pesakit dihagian yg sukar bagi pesakit seperti bahagian belakang dan kaki.


Indikasi (pesakit yang memerlukan mandi lap)

1 Pesakit yang sakit tenat.

a. Contohnya pesakit Jantung dan tekanan darah rendah

2 CRIB = Rehat Lengkap di atas katil disebab procedure tertentu.

3 Keadaan pesakit yang tidak stabil

4 Pesakit yang sangat lemah dan tidak berdaya.



Tangunggung jawab sebelum

1. Lakukan penilaian -

o Nilai tahap kemampuan pelanggan untuk membantu mandi. Tentukan sama ada pelanggan dapat mengikuti arahan.

o Periksa kemampuan pelanggan untuk membantu membersihkan bahagian badan.

2. Sediakan keperluan:

o 1 tuala kecil putih (untuk wajah)

o 1 tuala kecil merah (untuk badan)

o 1 sikat

o 1 sabun

o 1 losyen badan

o 2 besin air suam

o Linen bersih untuk pembuatan katil asas

o Baju pesakit

o 1 tuala mandi

o 1 Lampin (pilihan)

o Bekas untuk kain kotor.



Pocedure

1. Membasuh tangan untuk kebersihan danmengelakan jangkitan

2. Memberi salam pesakit dan terangkan prosedur supaya peasakit memamahi dan memeberi kerjasama semasa menjalankan procedur

3. Matikan penghawa dingin dan beri privasi kepada pesakit.

4. Kuncikan bahagian roda katil dan naikkan sehingga ketinggian paras kerja.

5. Naikkan kepala katil sehingga keadaan duduk (semi-Fowler)

6. Tanggalkan selimut dan bantal tambahan.

7. Lalukan pemerisaan lampin, sekiranya ada najis dan bersihkan dahulu

8. Lakukan penjagaan mulut.

9. Letakkan tuala di dada pesakit.

10. Cuci, bilas dan keringkan muka dan leher:

11. Tanggalkan baju pesakit dan tutup pesakit dengan kain yang bersih .

12. Letakkan tuala mandi di bawah lengan

13. Lap, bilas dan keringkan lengan paling yang jauh. Bermula dari jari , tangan, lengan, bahu dan bahagian bawah lengan ( axilla ) dengan menggunakan pukulan panjang.Keringkan dan sapukan losyen dengan berhati-hati.

14. Beri latihan pasif ke seluruh lengan untuk mengerakkan pergerakan sendi yang normal

15. Ulangi langkah 13 ke lengan terdekat.

16. Letakkan tuala mandi secara mendatar ke atas dada

17. Basuh, bilas dan keringkan dada dan perut,lap dari bahagian atas dada ke bahagian bawah perut (perhatikan lipatan kulit di bawah kulit wanita pesakit payudara atau gemuk).

18. keringkan dan sapukan losyen dengan berhati-hati di atas dada, perut dan bawah payudara.

19. Pakai gaun bersih pada pesakit.

20. Tukar air ketika kotor atau sejuk.

21. Letakkan tuala mandi di bawah kaki.

22. Lap, bilas dan keringkan kaki paling jauh dengan menggunakan pukulan memanjang dan lap dari jari kaki kebetis, paha dan pangkal paha.Keringkan dan sapukan losyen dengan berhati-hati atas kaki. Lakukan latihan pasif ke seluruh kaki untuk menggerakan pergerakan sendi yang normal.

23. Ulangi langkah 22 ke kaki terdekat.

24. Letakan pesakit dalam posisi mengereng, letakkan tuala di belakang pesakit

25. Cuci, bilas dan keringkan dibahagian belakang pesakit dan sapukan losyen dengan berhati-hati.

26. Pakai sasung tangan sekali pakai.

27. Letakkan tuala di punggung pesakit. Cuci, bermula dari depan (perineum) ke belakang (coccyx),bilas dan keringkan dibahagian punggung pesakit. (lakukan pemerhatian pada lipatan punggung).

28. Tukarkan posisi pesakit ke posisi terlentang (recumbent)

29. Tutup pesakit dengan kainn tuala.

30. Letakkan pelindung katil penyerap kelembapan di bawah pinggul pesakit.

31. Minta pesakit melenturkan lutut dan memisahkan kaki. Sekiranya pesakit tidak dapat melakukannya , anda mungkin memerlukan pembantu atau anda mungkin perlu menggunakan bantal untuk sokongan.

32. · Ambil selimut mandi kembali dan dedahkan kawasan perineum.

33. Semasa memberi rawatan perineum untuk wanita, gunakan kain lap dengan sabun dan basuh dengan lembut, dari depan ke belakang, kemudian bilas dan keringkan ( Rujuk procedure penjagaan perineum)

34. Pakaikan lampin.Lakukan pertukaran linen dari sisi ke sisi atau atas ke bawah.

35. Setelah selesai, letakkan pesakit dengan selesa

36. Letak kancadar dan kain kotor kedalam bekas kain kotor

37. Buang sarung tanganke dalam tong sampah.

38. Membantu pesakit dalam menyisir dan dandanan mengikut kesukaannya.

39. Kembalikan katil ke kedudukan yang lebih rendah.

40. Kemaskan Alat alatan dan basuh tangan.

41. Dokumen


Penilaian semula

1 Perhatikan keadaan, kebersihan dan keselesaan pesakit.

2 Laporkan sebarang kelainan yang dikesan semasa penilaian dan prosedur.



601 views0 comments

Recent Posts

See All

MENGUBAH CADAR DARI SISI KE SISI

Tujuan: 1. Untuk menyediakan tempat tidur yang selesa, bersih dan kering bagi pesakit yang tidak dapat bangun dari tempat tidur. Penilaian terhadap pesakit: 1. Kemampuan pesakit untuk menolong. 2

bottom of page